Thirstbreak Tumblers



Tumbler yang mudah dibawa dan dipegang ini disertakan dengan penutup yang ketat dan kalis tumpah, sesuai untuk diletakkan di dalam beg tangan.


Thirstbreak Tumblers (4) 470ml
RM52.80 per set
7.8cm (D) x 16.7cm (H)
7.8cm (D) x 19.4cm (H) (termasuk muncung minuman)
Lime GreenLemon Yellow, Aqua BlueOrange Orange


Set ini sesuai dipadankan dengan Large Square-A-Way.


Large Square-A-Way



Bekas bersaiz kompak yang sesuai bagi menyimpan:
<snek untuk dibawa ke pejabat atau sekolah>
<baki makanan dan disimpan dalam fridge>
<makanan bayi yang sudah dikisar (solid food)>

Cadangan snek
-2 set sandwic tuna-7 ketul sosej-bihun goreng-4 keping roti telur-8 keping nugget ayam-bubur kacang-4 biji karipap-kurma dan kismis-          

Large Square-A-Way (4) 680ml
RM64.80 per set
15.5cm (L) x 14.5cm (W) x 4.5cm (H)
Lemon Yellow, Lime GreenAqua BlueOrange Orange


Set ini sesuai dipadankan dengan Thirstbreak Tumblers.


Blossom Collection




Inilah dia koleksi terbaru Tupperware..Blossom Collection yang dilancarkan semasa jubilee baru-baru ini. Koleksi yang mendapat tepukan gemuruh dan sambutan yang sangat hangat di dalam dewan...!

Rekaan yang sangat unik dan menarik serta warna yang ceria pastinya dapat memikat hati semua orang. Bekas dan penutupnya boleh disimpan dengan baik kerana ia boleh disusun bertingkat, tidak mudah jatuh dan kemas. Selain itu, ia dapat menjimatkan ruang simpanan. Senduk boleh diletakkan diatas penutup atau dibiarkan di dalam bekas apabila bekas ditutup.

Ia juga boleh digunakan di dalam microwave bagi memanas dan mengukus makanan. Set hidangan lain di dalam koleksi ini ialah pinggan, mangkuk, cawan dan jug air.

1. Blossom Microwaveable Serveware
- Serving Dish (1) & Serving Spoon (1)
- Soup Server (1) & Soup Ladle (1)
- Oval Server with Colander (1) & Serving Spoon (1)
- Serving Platter (1) & Serving Spoon (1)
Harga satu set = RM249.00 (termasuk gift box)

2. Blossom Bowls & Plates Set
- Blossom Bowls (4)
- Blossom Plates (4)
Harga satu set = RM82.00

3. Blossom Mugs & Seals (4)
Harga satu set = RM46.80

4. Blossom Pitcher (1)
Harga = RM52.90

Garlic-N-All Keeper


Di mana anda menyimpan bawang, ubi kentang atau halia?
Adakah di dalam bakul yang terbuka?
Jangan, ini akan mendedahkannya kepada serangga merayap!
Adakah di dalam rak bertutup?
Jangan, ini akan menyebabkannya rosak cepat kerana tiada aliran udara yang baik!

Dengan Garlic-N-All Keeper, masalah di atas dapat diatasi kerana ciri-ciri khas yang direka memenuhi keperluan dapur. Letak dan susun sahaja di atas kaunter dapur, ia tidak mengganggu pemandangan atau tugasan anda pun. Warnanya juga menarik dan sesuai dengan hiasan dapur.


Ciri-ciri


[foto dari: http://www.tupperwarebrands.com.my]

  1. Mudah disusun bagi memaksimumkan ruang simpanan. Tidak perlu mengalihkan bekas di atas untuk mengambil bahan di dalam bekas di bawah kerana penutupnya tidak terhalang.
  2. Untuk membukanya, tarik lid di bahagian tengah manakala untuk menutupnya, tekan dengan ibu jari di kedua-dua belah kiri dan kanan penutup.
  3. Tetingkap yang jelas bagi melihat kandungan di dalam bekas.
  4. Lubang udara pada penutup membantu aliran udara yang baik bagi meminimumkan pemeluwapan dan masalah bau.

Harga seunit: RM63.20
Kapasiti : 3.0L
Saiz: 28.8cm (L) x 18.8cm (W) x 17.2cm (H)

(maklumat adalah benar pada tarikh dikemaskini, 27 Ogos 2012)

It's Life Changing!


Ubah gaya hidup anda menjadi lebih baik, mudah dan menyeronokkan dengan set bergaya ini!



Set 1 - Cooking Set
Penyediaan makanan lebih cepat dan mudah
~ HIDUP LEBIH MUDAH DAN RINGKAS ~

Set 2 - Freeze N Chill Set
Makanan lebih segar, peti sejuk juga tersusun rapi
~ HIDUP LEBIH TERATUR ~

Set 3 - Eco Living Set
Bukan sekadar makanan malah alam sekitar juga selamat dan terpelihara 
~ HIDUP LEBIH MESRA ALAM ~ 

Set 4 - Nutrition Set
Kesihatan diri dan seisi keluarga lebih terjamin
~ HIDUP LEBIH SIHAT ~

Kelebihan set bergaya ini:
  • Setiap set berharga RM500.00.
  • Sangat menjimatkan kerana harga asal setiap produk yang dijual berasingan adalah lebih mahal.
  • Ada juga produk yang tidak dijual berasingan - hanya terdapat di dalam set ini sahaja.
  • Anda juga boleh menggunakan set ini semasa parti Tupperware.
  • Terdapat buku panduan yang mengandungi tips, info produk dan resipi.

One Touch


Rekaan One Touch sesuai bagi menyimpan makanan kering seperti kekacang, kerepek dan biskut. Saiznya yang pelbagai boleh memuatkan segala bentuk makanan dan amat praktikal.


  1. Tekan di bahagian tengah dan tarik penutup untuk membukanya. Bagi menutupnya pula, tekan di bahagian tengah sehingga kedengaran bunyi seperti 'klik'
  2. Bekas boleh dimasukkan ke dalam satu sama lain untuk disimpan jika tidak digunakan
  3. Menjimatkan ruang simpanan di mana bekas-bekas ini boleh disusun dan ditindan
  4. Penutupnya yang kedap air dan kedap udara dapat mengekalkan kerangupan makanan dan jika diisi air, tidak tumpah

Saiz & Harga

A) One Touch Topper


1) One Touch Topper Junior, RM31.80
2) One Touch Topper Small, RM20.80
3) One Touch Topper Medium, RM25.40
4) One Touch Topper Large, RM31.50


B) One Touch Canister


1) One Touch Canister Junior, RM22.80
2) One Touch Canister Small, RM28.30
3) One Touch Canister Medium, RM35.70
4) One Touch Canister Large, RM42.00
[foto dari: http://www.tupperwarebrands.com.my]